bismillahirahmanirahim
"Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang"
- Allah berkati aizam d' aim dan semua muslimin muslimat -

http://lamandigital.cjb.net/
jaringkan laman digital

Berikan komen yang membina
[Di sini]
album aizam d' aim Warkah


Assalamualaikum...dan salam sejahtera,


Ada orang yang bertanya apakah tujuan saya membuat laman ni? Jawapannya mudah untuk sampaikan apa yang patut kita sampaikan. Ada pula yang mengklasifikasikan saya sebagai 'naive', skema dan sebagainya? Apakah tujuan mereka ini? adakah untuk menjatuhkan manusia lain yang sebangsa dengannya? Lihat diri sendiri sebelum menuding orang.. sedara... Pada saya bukan begitu caranya untuk menegur ataupun memberi pendapat. Mungkin anda patut belajar cara-cara dan tatasusila berkomunikasi dengan orang. Ternyata mereka inilah yang 'naive' sebenarnya.

Pengalaman mematangkan orang, mungkin apa yang anda ada saya tiada, mungkin juga apa yang saya ada anda tiada... Mengapa mesti berbangga diri dengan itu semua? Bersikap riak dan takbur adalah amalan makhluk terkutuk sahaja. Tak perlu berbalah mencari silap orang, tak perlu menuding kelemahan orang. Kalau anda seorang yang berilmu mengapa tidak gunakan ilmu yang ada untuk disebarkan? Mengapa mahu rasa hebat dengan segenggam pengalaman yang ada? Begitulah lumrah hidup, silap sendiri tak nampak, silap orang lain di seberang lautan nampak berjela...

Sukar hendak ungkapkan. Adakah sebab budaya, ataupun perkara yang selalu dilakukan hingga menjadi rutin? Mungkin orang kita sudah biasa dengan cara begitu? Mempunyai hasad dengki dan irihati. Kalau kita tak ubah, siapa lagi yang nak ubah? Kalau dirasakan ada ilmu gunakanlah di tempat yang betul...

"Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan".
[Surah Al-Baqarah Ayat 134]

Laman ini bertujuan memberi ilmu, pada pendapat saya tidak perlu untuk menunjukkan taring di sini kerana ia bukanlah ruang yang sesuai. Tak perlu menggunakan bahasa yang ala 'funky' di sini. Jika ada yang berminat mari kita ke tempat yang sesuai dengan ilmu yang anda ada mungkin sebagai pengajaran kepada orang yang jahil. Tiada orang yang hebat dalam dunia ni. Kalau pun kita rasa kita hebat, ada orang lain yang lebih bagus dari kita.

Wallahuallam... saya tak perlu bersyarah di sini. Kelak timbul pula tohmahan bahawa saya hanya pandai berkata² sahaja. Sesiapa jua yang sampai ke laman ini ada ilmu dan pengalaman masing², rasanya sudah cukup matang dan boleh berfikir dengan baik - Maklumlah dah tua segan nak kena tegur.

Sesungguhnya laman ini ditujukan kepada para tamu yang mahu menimba ilmu dan masih ada usaha untuk mempelajari sesuatu. Ia bukanlah tempat kepada segelintir yang merasakan berilmu dan tidak tahu menggunakan apa yang mereka ada pada tempat yang sepatutnya.



Jangan lokek ilmu,
Wassalam...

aizam d' aim
Jaringan

http://www.mtusempoi.net/  http://mail.yahoo.com/

http://www.hotmail.com/  http://www.google.com/

Dilawati : 88971

Pautan
Celoteh aizam d' aim

masa muda˛

Insyaallah aizam akan cuba buat untuk bahasa pengaturcaraan yang lain juga. Ramai juga yang minta aizam arkibkan apa² yang berkaitan. Aizam tak boleh janji sebab aizam juga sibuk, tapi aizam akan cuba buat...itu pun kalau sempat...jangan berharap sangat sudah ler....Kalau ada apa˛ cadangan sila kemukakan diemail yahoo. Kalau ada laman yang menarik juga sila masukkan.... kalau nak chatting masuk YM add aizam_d_aim.

email: [aizamdaim@hotmail.com] [aizamdaim@yahoo.com]
http://lamandigital.cjb.net/

YM: aizam_d_aim

HakCipta 2008 ® aizam d' aim @ Laman Digital